Sunday, July 24, 2011

Q & A Corner (6)

Salam & Salam 1 Malaysia,

Sila kemukakan sebarang maklumat atau persoalan untuk makluman semua.

Saturday, July 16, 2011

Senarai Kehadiran Kelas

Salam & Salam 1 Malaysia,

Nama-nama pelajar di bawah telah TIDAK menandatangani senarai kedatangan kuliah ICT.

1. 210070 Saarah bt Shaari (Hadir tanpa tandatangan)
2. 210081 Sollehatun bt Ahmad Zubir
3. 210097 Nurarliza bt Abd Aziz (Tangguh Pengajian)
4. 210144 Adzlin bt Adnan (Tidak hadir dengan kebenaran)
5. 210135 Aini bt Mat Shah (Tidak hadir dengan kebenaran)
6. 210151 Mohd. Nizam b Ahmad (Hadir tanpa tandatangan)
7. 210159 Khairun b A.Rahim (Hadir tanpa tandatangan)
8. 210179 Nor Zalina bt Darus
9. 210232 Muhaini bt Musa (Hadir tanpa tandatangan)
10. 210234 Siti Noor Faizah Bt Che Long (Hadir tanpa tandatangan)

11. 210239 Azlina bt Ahmad (Hadir tanpa tandatangan)
12. 210250 Zaviyah bt Ahmad
13. 210258 Noor Zailawati bt A. Zainon
14. 210259 Mat Suhaimi b Abdullah (Tarik diri)
15. 210285 Suhaila bt Yaakob (*Tidak hadir)
16. Sarinah bt. A Rahim (Tukar pusat pengajian)
17. 210461 Keoh Hooi Chin (Tidak hadir dengan kebenaran)
18. 210483 Siti Zubaidah bt Mohd Roseli
19. 210496 Ahmad Shaini b Hamid
20. 210502 Ridhuan b Aini (Tidak hadir dengan kebenaran)

21. 210504 Noor Azura bt Azini (Tukar pusat pengajian)
22. 210505 Rodziman b Osman (Tarik diri)
23. Siti Rohani bt Yusoff

*Jika anda hadir, sila respon kepada pos ini.
*Seandai anda tahu yang rakan di atas tidak mendaftar, tarik diri dan lain-lain mohon respon dalam ruang komen di bawah pos ini.

Sekian

Wednesday, July 13, 2011

Tarikh Akhir Hantar Tugasan

PERINGATAN MESRA

Salam & Salam 1 Malaysia,

Tarikh akhir manghantar tugasan manual blog ialah pada 16 Julai 2011.
Hantar ke nanz1184@gmail.com
Di ruang subjek e-mel : tulis hanya no. matrik dan nama
contoh - 123456 Siti Aminah Zakaria.

Pastikan blog anda telah diposkan di zon PPD anda bertugas.

Jika ada sebarang masalah berkaitan kedua-dua tugasan di atas, sila hubungi saya SEGERA.


Hasnan Hassan
Fakulti Pendidikan & Bahasa Moden
UUM CAS

Tuesday, July 12, 2011

Q & A Corner (5)

Salam & Salam 1 Malaysia,

Sila hebahkan kepada rakan-rakan anda berkaitan tatacara penghantaraan e-mel untuk tugasan manual blog.

Untuk pengetahuan semua, saya masih lagi menerima e-mel yang tidak mengikut arahan malahan ke e-mel address saya yang lain.

Sekian.

Monday, July 11, 2011

E-Mel : Peringatan Terakhir

PERINGATAN TERAKHIR

Walaupun telah berkali-kali diingatkan supaya mengikut panduan menghantar e-mel tapi masih lagi berlaku kesilapan.

Ini adalah peringatan TERAKHIR.
Mana-mana e-mel yang TIDAK mengikut panduan akan di DELETE tanpa ada pengumuman lagi.

Sila semak:

Yusmilawati Sulaiman
Noraini Abd Wahab
Zurawati Awang
Khairul Aziah
Habsah Nan

Sunday, July 10, 2011

Blog : e-mel

PENTING.

Sila e-mel semula tugasan anda. Pastikan anda mengikut arahan yang diberi terutamanya untuk penulisan 'subjek'.

Muhd Fauzi
Norazlina Hussain
Asmidar
Siti Khalijah
Norulhuda bt Ahmad

Saturday, July 9, 2011

Blog Anda 2

Salam & Salam 1 Malaysia,

Tinjauan/semakan ke blog yang anda semua adalah sangat memuaskan dari segi rekabentuk dan juga konten.

Cuma bagi yang memaparkan aktiviti sekolah maka adalah elok jika ditulis nama sekolah berkenaan. Sebagai contoh Cikgu Korina telah memaparkan aktiviti rumah sukan kenyalang tapi tidak pula disebut nama sekolah.

Cikgu Azura pula telah memaparkan aktiviti murid dengan begitu bergaya namum tidak pula di sebut nama sekolah berkenaan. Cuma yang boleh di agak ialah sekolah itu di daerah Kubang Pasu.
Sila semak semula semua pos anda dan buat penambahan jika terdapat kekurangan maklumat.

Blog yang anda bina sangat menarik tetapi tidak ada pengunjung yang sudi memberi komen.

Pastikan mereka yang berkunjung ke blog anda memberi komen. Orang yang paling boleh di harap ialah 'follower' anda sendiri.

Sekian buat kali ini.

Manual Blog 6

PENTING :

Sila pastikan subjek e-mel itu dituliskan dengan betul seperti yang dinyata di pos/paparan terdahulu.

Sila e-mel semula :

1. Zahariah bt Yusuf
2. Muhd. Nazri b Hussain
3. 210269 - tiada nama.

Sila pastikan anda ada cover page.
Masih ada yang e-mel tugasan tanpa cover page.

E-mel yang tidak mengikut arahan akan di DELETE.

Friday, July 8, 2011

Blog Anda

PENTING

Sukacitanya dimaklumkan bahawa saya telah membuat semakan awal terhadap blog yang anda telah bangunkan. Secara umumnya, anda semua telah berjaya membina blog sendiri.

Cuma kreativiti yang di paparkan di blog tersebut yang menjadi perbezaan. Anda semua juga dah ada follower tersendiri.

TAPI artikel yang anda poskan itu TIDAK mendapat sebarang komen dari follower anda. Pastikan mereka memberi komen di blog anda dan anda juga membalas dengan memberi komen tentang artikel rakan anda di blog mereka.

Kebanyakan komen ada masih kosong. Ini bermakna TIDAK ADA siapa pun yang membaca artikel anda.

Sila lawati dan poskan komen di blog rakan-rakan anda.

Contoh Cover & Manual Blog

Salam & Salam 1 Malaysia,

Rakan anda A'zura Che Ani 210202 menepati kriteria tugasan ini. (contoh : muka depan dan juga tugasan manual blog)

A'zura - sila poskan cover dan juga muka surat 1 manual tugasan di blog anda.

Sila kunjungi blog beliau.

Manual Blog 4

Salam & Salam 1 Malaysia,

PENTING :

Untuk tugasan manual ini:

Hantar hanya 1 fail sahaja bagi cover dan tugasan manual.
JANGAN hantar 2 fail (satu cover dan satu tugasan).

Cover dihadapan sekali di ikuti manual - cantumkan dan jadikan 1 fail.

SILA BACA ARAHAN.

Manual Blog 3

PENTING - TERKINI

Sila ikut format yang diberikan untuk menulis subjek bagi e-mel yg dihantar.

123456 Siti Sarimah bt Selamat

Jangan tambah sebarang ayat selain di atas.

Sila e-mel sekali lagi kerana anda TIDAK mematuhi arahan di atas.

Khairulena Mohd Akhir
Faizah binti Hamzah
Khoirulnizam Abd Rahman (terima 2 e-mel tapi tidak mengikut arahan)
Eng Bee Leng
Sargunan Subbih
Normawati Hashim

Kesemua e-mel yg TIDAK mengikut arahan telah di DELETE dan dianggap anda tidak menghantar tugasan tersebut.

Manual Blog 2

Salam dan Salam 1 Malaysia Semua,

PENTING:

1. e.mel manual ke nanz1184@gmail.com

2. Taip HANYA No. Matrik dan Nama di ruangan subjek

contoh : 123456 Siti Sarimah bt Selamat

Ramai yang menghantar Nama dan No. matrik (terbalik).
Sila hantar semula. Saya TIDAK menerima jika anda hantar tidak mengikut arahan.

Sila hantar semula :
Nama pelajar di bawah telah menghantar tugasan manual tapi TIDAK mengikut arahan di atas.

Zaleha Mat Desa
Ahmad Rashidi
Fuziah Hamzah
Jamaliah Selamat
Khoirulnizam A. Rahman
Kamariah darul
Roslinda Hashim
Abirah Abd Mutalib
Abd Karim Mat

E.mel yang tidak mengikur arahan di atas telah di DELETE.

Wednesday, July 6, 2011

Blog

Salam & Salam 1 Malaysia semua,

Sudah lebih empat minggu berlalu dan saya rasakan bahawa semua telah pun mahir dalam pembinaan blog.

Minggu ini boleh digunakan untuk mengemaskini blog yang telah bina tempoh hari. Banyak blog yang hebat yang telah saya lawati.

Masukkan muzik atau animasi/video untuk menjadikan blog anda lebih menarik. Tapi .... pastikan blog anda tidak 'overloaded' dengan make-up yang tidak sesuai dengan kumpulan sasaran.

Perlukan ada kartun atau bunga ataupun design yang agak mengangu pembancaan diblog anda tu?
Fikir-fikirkan lah ...!

Bagi rakan yang gambarnya masih bayang-bayang di ruang follower maka sila gantikan dengan foto anda sebenar.

Selamat mengemaskini blog !

Manual Blog

Salam & Salam 1 Malaysia semua,

Sila ambil maklum bahawa manual membina blog perlu di hantar ke :

1. e.mel nanz1184@gmail.com.
Gunakan e.mel di atas sahaja.
Sila hantar SEMULA walaupun ada diantara anda telah menghantar tugasan ini.

2. Buat cover page untuk tugasan manual ini.
Pastikan ada nama dan no. matrik.

3. Insert header dan taipkan no. matrik dan nama. Insert sekali sahaja dan ia akan keluar di setiap mukasurat kecuali cover page.

4. Bagi tujuan e.mel - di ruang subjek, taipkan NO. MATRIK dan NAMA

Tarikh akhir menghantar tugasan manual ini ialah sama seperti tugasan blog.

Tarikh Akhir Tugasan BLOG

Salam dan Salam 1 Malaysia,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa TARIKH AKHIR untuk menyiapkan tugasan blog ialah pada 16 JULAI 2011.

Semua blog akan disemak dan diberi markah mulai 17 Julai 2011.

Dua kriteria kan digunakan untuk semakan blog anda.
1. Rekabentuk
(pastikan ia sesuai untuk kumpulan sasaran anda)
Jangan terlalu banyak animasi, kartun dan sebagainya.

2. Konten
Pertama ialah anda mesti ada artikel berkaitan dengan subjek yang anda ajar di sekolah. Minima 1 artikel berserta dengan sinopsis.

Kedua, poskan bahan yang ada foto/grafik seperti aktiviti di sekolah anda.

Ketiga, tulisan yang anda fikirkan relevan dengan blog yang dibina seperti panduan, nasihat atau hobi dan lain-lain.

Pos minima ialah lima.


Peringatan : Pastikan header blog anda di tulis no. matrik (dalam kurungan) seperti Blog Teacher Rohani (1234567)