Saturday, July 9, 2011

Blog Anda 2

Salam & Salam 1 Malaysia,

Tinjauan/semakan ke blog yang anda semua adalah sangat memuaskan dari segi rekabentuk dan juga konten.

Cuma bagi yang memaparkan aktiviti sekolah maka adalah elok jika ditulis nama sekolah berkenaan. Sebagai contoh Cikgu Korina telah memaparkan aktiviti rumah sukan kenyalang tapi tidak pula disebut nama sekolah.

Cikgu Azura pula telah memaparkan aktiviti murid dengan begitu bergaya namum tidak pula di sebut nama sekolah berkenaan. Cuma yang boleh di agak ialah sekolah itu di daerah Kubang Pasu.
Sila semak semula semua pos anda dan buat penambahan jika terdapat kekurangan maklumat.

Blog yang anda bina sangat menarik tetapi tidak ada pengunjung yang sudi memberi komen.

Pastikan mereka yang berkunjung ke blog anda memberi komen. Orang yang paling boleh di harap ialah 'follower' anda sendiri.

Sekian buat kali ini.

3 comments:

  1. Terima kasih En.Hasnan atas nasihat yang diberikan.
    Insyaallah saya akan cuba mengikut segala arahan yang diberikan. Cuma satu yang menjadi bebanan untuk saya sehingga hari ini kerana tidak tahu bagaimana cara untuk memaparkan contoh cover di blog saya. Sudah berkali-kali saya cuba untuk melakukannya,namun masih gagal. Entah di mana silapnya. Perkataan ada, tapi gambar yang ingin dipaparkan tiada. Bolehkah En. Hasnan menolong saya?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mengikut arahan En.Hasnan iaitu memaparkan contoh cover dan muka surat pertama untuk tatapan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih En.Hasnan dengan ilmu yang Encik berikan, sekarang saya dah tahu cara-cara untuk membuat blog. Adakah blog saya ok atau perlu buat perubahan lagi?

    ReplyDelete